Tuesday, September 28, 2010

Aku mula menapak


Aku kini sudah mampu berdiri dengan kaki sendiri.Ada pekerjaan yang tetap dan mampu menjamin masa depan isteri dan anak-anak aku di masa depan.Aku amat bersyukur dengan apa yang aku capai kini.Berkat bimbingan ibu bapa ku yang tidak pernah jemu aku kini telah berjaya dalam hidupku.Aku memulakan kehidupan baruku bersama insan yang aku panggil mama.Memang banyak dugaan dalam mencuba kehidupan yang serba mencabar ini namun aku terpaksa mengharungi semuanya kerana inilah kehendak alam.Alhamdulillah,aku amat selesa dengan apa yang aku ada hari ini.tiada yang kurang walaupun kadang-kadang sering tersandung dek kayu yang berselerak di dunia ini.Suatu hari nanti aku ingin menjadikan keluarga dan tanggungjawabku senang dengan apa yang Allah kurniakan kepada insan yang serba kekurangan ini.
--->>perjuangan belum selesai....