Monday, July 26, 2010

Aku....



Aku dan diriku hanyalah seorang manusia biasa yang tidak sempurna.Namun aku akan tetap berusaha memperbaiki diri untuk memastikan aku disenangi oleh semua orang.Aku amat bersyukur dengan apa yang ada dah akan membuatkan seseorang yang mengharapkan kesempurnaan dalam hidup merasa diri aku adalah yang terbaik walaupun aku tidaklah sesempurna mana.Seiap orang mahukan apa yang diinginkan menjadi nyata dan apa yang dhajatkan termakbul olehNya.Aku amat tidak bersedia untuk memenuhi semua itu kerana aku hanyalah manusia biasa yang tiada kelebihan yang perlu aku banggakan pada diriku.Sebagai tempat aku mengadu dan memahat apa yang terbuku di hati ini,di sinilah aku meluahkannya.Aku akan buat yang terbaik untuk diri dan sesiapa yang ada di sekeliling aku selagi terdaya dan hanya itu yang aku mampu lakukan.Dengan kemampuan yang hanya sekelumit hadirnya dalam diri ini aku rasa itulah yang terbaik yang ada padaku dan semuanya aku hamburkan untuk memuaskan hati semua.Sebelum aku pahatkan semua tulisan-tulisanku di dada blog ini inginku memohon maaf jika apa yang aku pahatkan ini menyakiti hati sesiapa yang terbaca akan nukilanku ini.

Assalamualaikum.....

Sunday, July 25, 2010



Mak n bapak,
Terima kasih yang tidak terhingga dan aku amat bangga dengan dua insan yang paling aku hormati dan sanjungi ini.Walaupun kadangkala ter"gigit" sedikit dengan keputusan dan kata-kata dua insan ini.berkat kesungguhan dua insan ini yan sentiasa membimbing aku dari kecil,aku kini amat bersyukur kepadaNya kerana segala pengorbanan dan ketabahan dua insan ini membimbing aku telah membuahkan hasil.Aku kini sudah boleh digolongkan dalam golongan yang berjaya dalam hidup.Apa yang kedua-dua insan ini nasihat dan amanahkan tetap akan aku ingati dan laksanakan agar perjalanan hidupku di dunia ini dipermudahkan olehNya.Semoga semua kita dilimpahi rahmat olehNya.Amin.....
--->>Sayang mak n apak!!!!

here i come....


thanks to cik bunga biru for guiding me.....
dis is my 1st try n wanna do something interesting here....
hope so....

perjuangan beLum seLesai....