Tuesday, September 28, 2010

Aku mula menapak


Aku kini sudah mampu berdiri dengan kaki sendiri.Ada pekerjaan yang tetap dan mampu menjamin masa depan isteri dan anak-anak aku di masa depan.Aku amat bersyukur dengan apa yang aku capai kini.Berkat bimbingan ibu bapa ku yang tidak pernah jemu aku kini telah berjaya dalam hidupku.Aku memulakan kehidupan baruku bersama insan yang aku panggil mama.Memang banyak dugaan dalam mencuba kehidupan yang serba mencabar ini namun aku terpaksa mengharungi semuanya kerana inilah kehendak alam.Alhamdulillah,aku amat selesa dengan apa yang aku ada hari ini.tiada yang kurang walaupun kadang-kadang sering tersandung dek kayu yang berselerak di dunia ini.Suatu hari nanti aku ingin menjadikan keluarga dan tanggungjawabku senang dengan apa yang Allah kurniakan kepada insan yang serba kekurangan ini.
--->>perjuangan belum selesai....

Tuesday, September 21, 2010

kesayanganku....

Sama seperti insan lain,aku juga memiliki sebuah keluarga kandung yang amat aku sayangi dan aku hormati.setiap ahli keluarga amat aku sanjungi dan menjadi sumber inspirasi hidupku untuk aku menghadapi hidup dan mencapai kejayaan.Tidak pernah aku lupa dan sebagai seorang lelaki yang sulung aku bertanggungjawab dalam membantu keluarga dalam memastikan semua keluargaku selesa dan berjaya dalam hidup masing-masing.Aku akan pastikan tanggungjawab aku itu terlaksana kerana itulah amanah dari kedua orang tuaku.

Monday, September 20, 2010

mama



mama,bukan nama sebenar,seorang peneman yang amat setia.sentiasa memerhati setiap gerak-geriku.kadangkala aku amat rimas dengan tindakannya itu tetapi sebenarnya mama amat menyayangiku.aku amat bahagia hidup bersamanya.tiada sedikit pun penyesalan dalam diriku setelah aku membuat keputusan mengikat tali perkahwinan kami pada 08 ogos 2009.sehingga kini aku dan mama masih bersama.semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.Amin......